}

Friday 29 August 2014

My Passionate

 
 My dream , my passion . My dream is to make everyone smile with my hardwork. Smile. Although it's a little bit tiring, but i love to. In future, I wish to open the place of my food to the entire world. Cause, I want to see them happy :) 
 
 Food is my passion.
Ahhh.. Can't wait for it. Maybe it's hurt when some people said to me..
"Eleh, belajar pandai-pandai sekolah sains, nak jadi tukang masak je. Baik duk kampung belajar masak."
 

It's not just a 'tukang masak' . It's an art to me. An art that I would'nt felt tired doing those stuff. 
But happy and satisfied with my work :D
 
 Dreamy girl,

Friday 15 August 2014

Kejadian tidak disangka

Cerita ini hanyalah rekaan saya semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Dibuat bertujuan tugasan sekolah. Maaflah jika cerita ini ada yang menyinggung perasaan mana2 pihak. Terutama pihak2 yang terbabit dengan kejadian MH17.
Prangggg!!! Serpihan kaca berkecai di setiap sudut rumah agam tersebut. 
"Hei. Saya ni isteri awak! Sampai hati awak buat saya macam ni." Air matanya tidak dapat ditahan daripada mengalir ke pipinya yang masih tegang itu.
Panggg!! Tiba-tiba, satu tapak tangan yang besar hinggap di pipi wanita itu. Dia terjelopok ke atas lantai. Dengan pandangan yang penuh dendam kepada lelaki yang bertubuh sasa di hadapannya, wanita itu memegang pipinya yang terasa pijar selepas ditampar. 
"Mulai hari ni, kita bercerai!" Kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki tersebut berjaya menghancurkan hati wanita tersebut. Apa salahnya? Apa kekurangannya? Sehinggakan lelaki yang bergelar suaminya selama 15 tahun sanggup berpaling arah ke perempuan lain. Hati wanita tersebut teriak semahu-mahunya. Tanpa mempedulikannya yang terjelopok lemah di lantai, lelaki tersebut meninggalkan rumah mereka. Mungkin untuk bertemu dengan wanita yang dicuranginya.
Kini, Nabilah sudah bergelar seorang janda setelah kata-kata keramat tadi keluar dari bibir suaminya. Wanita mana yang tidak berasa sedih apabila dicurangi oleh suami tercinta. Yang telah sama-sama membina mahligai bahagia bersama. Suaminya, Syed dahulunya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga mereka. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 15 tahun dan menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal. Di tertanya-tanya, apakah yang mengubah perangai suaminya sehinggakan Syed sanggup menamparnya.
Kringggg!! Telefon rumah kedengaran nyaring di ruang tamu. Nabilah segera menyeka air matanya dan menjawab panggilan tersebut. "Esok kita jumpa di mahkamah untuk uruskan hal-hal perceraian kita. Saya tunggu di kafe berhadapan mahkamah." Tanpa ucapan salam, suara dingin seorang lelaki menerpa masuk melalui corong telefon. Dia kenal dengan suara dingin itu. Suara itu yang dahulu selalu mengungkapkan kata-kata manis yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita. Tapi, kini suara itu dingin seperti ais. Dia redha. "Okey, baiklah" Nabilah cuba untuk menjawab dengan tenang. Dia tidaka mahu dianggap seorang wanita yang lemah. Ya, dia harus menjadi wanita besi. Tiada lagi tangisan selepas ini. Cukuplah hatinya makin terseksa apabila pipinya terus-menerus dibasahi air mata. 'Ya, mulai esok, berakhirlah episod hidup aku bersamanya. Nak buat macam mana lagi? Mungkin setakat ini sahaja jodohku bersamanya.Hidup mesti diteruskan.' Tekadnya dalam hati. Tetapi, semakin dipujuk hatinya, semakin laju air yang keluar dari empangan matanya.
Keesokan harinya, dia bersiap-siap dengan ala kadar untuk ke mahkamah. Nabilah memasuki tempat yang dijanjikan iaitu di sebuah kafe. Dia mencari-cari kelibat suaminya. Malangnya, batang hidung lelaki itu tidak kelihatan. Dia menilik jam tangannya, "Sudah lewat sepuluh minit ni. Biasanya dia seorang yang menepati masa.", gumamnya sendiri. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki yang berpakaian suit pejabat datang menghampirinya. Syed tidak ingin berlama-lama. Dia ingin terus menyelesaikan hal ini. Nabilah akur. Bagi Syed, tiada lagi yang ingin dibincangkan mengenai mereka. Maka, pada hari itu, selesailah hal perceraian mereka.
Petang itu, Nabilah pulang ke rumah dengan hati yang bagai disiat-siat. Walaupun begitu, tiada lagi tangisan kedengaran yang memenuhi segenap ruang rumah agam itu. Dia bernekad ingin menjadi wanita yang kuat dan tidak lemah. Dia ingin buktikan pada suaminya yang dia mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri walaupun tanpa insan bergelar suami. Dia berkhidmat sebagai seorang pramugari di syarikat Malaysia Airline. Jadi, masalah kewangan tidak menjadi masalah besar kerana dia seorang yang suka menyimpan sebahagian daripada gajinya yang agak lumayan. Mulai hari itu, dia harus berjimat-cermat untuk menyara anak kesayangannya yang kini berada di asrama.
Aqiera seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Siapa tidak kenal Aqieara, seorang pemidato yang hebat sehingga layak mewakilkan diri ke peringkat antarabangsa. Begitu juga di rumah. Aqiera seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Dia rajin melakukan kerja-kerja rumah tanpa perlu disuruh. Pendek kata, Aqiera seorang budak yang baik. Dia tidak sepatutnya menghadapi masalah perceraian ibu bapa sebegini pada usia yang muda. Tambahan pula, dia akan mengahadapi PT3 tidak lama lagi. "Ahhh. Aqiera tidak patut diberitahu!" bisiknya sendiri. Tiba-tiba, kedengaran lagu 'Masih Mencintaimu' dari telefon bimbitnya. Tertera nombor yang tidak dikenali di skrin telefonnya. Dia segera menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, mama. Esok Aqiera boleh balik ke rumah. Dah hampir sebulan, kan Qiera tak balik. Rindu nak jumpa mama dan papa. Kalau mama sibuk, Aqiera balik anik bas pun takpa." Kedengaran suara riang seorang remaja dari corong telefon.Bergenang air mata Nabilah mendengarkan suara anaknya yang rindu ingin bertemu dengan ibu bapanya. "Waalaikummussalam, sayang.Takpa, esok mama tak kerja. Biar mama yang jemput Qiera." Akhirnya, air mata yang ditahan sedari tadi, keluar dari tubir matanya setelah menamatkan panggilan dengan anaknya itu. Apa yang hendak dijawab besok apabila Aqiera bertanyakan ke mana pergi ayahnya? Malam tadi, Syed sudah mengemas segalan pakaian dan barangan keperluannya ke rumah agam mereka yang satu lagi di Kangar. Nabilah pasti dia ingin tinggal bersama isteri barunya di sana. 'Ahh. Sudahlah! Berhenti fikirkan orang yang sudah tak pedulikan aku' Dia menarik selimut dan malam itu, dia tidur bersama air mana yang menemaninya.
Dia bagun seawal mungkin keesokan paginya. Mujurlah, hari ini dia tidak ditugaskan di atas mana-mana kapal terbang. Dapatlah dia menjemput Aqiera di sekolahnya petang itu. Nabilah bersiap ala kadar untuk ke pasar membeli barangan mentah untuk menyediakan makanan kegemaran anaknya iaitu ikan siakap tiga rasa. "Ikan siakap tiga rasa mama lah yang paling best di dunia." Tersenyum Nabialh teringatkan kata-kata Aqiera sebelum ini. Setelah cukup barangan yang dibelinya, dia pulang ke rumah dengan segera menyiapkan hidangan tersebut. Tepat jam 1 petang, dia bergegas ke sekolah Aqiera. Sebak hatinya, melihatkan wajah Aqiera yang ceria dapat pulang ke rumah. Adakah wajah ceria itu akan terpancar lagi setelah mengetahui tentang perceraian dia dan suaminya. Kasihan Aqiera yang tidak bersalah.
Setelah sampai di rumah, Aqiera bersorak riang apabila mengetahui ibunya menyediakan makanan kegemarannya. Nabilah mencedok nasi ke dalam pinggan Aqiera dan menyuruhnya makan. "Eh, mama! Tak perlu tunggu papa ke nak makan ni?,soal Aqiera hairan.Biasanya ibunya paling pantang apabila makan tanpa tunggu semua ahli keluarga sudah di meja. "Tak.Tak payah. Hari ni papa tak boleh makan dengan kita." jawab Nabilah dengan hati yang berbaur.Dia segera menyuruh Aqiera makan apabila kelihatan anaknay seperti ingin bertanya dengan lebih lanjut. Dia takut untuk menjawab soalan-soalan yang bakal keluar dari mulut mungil Aqiera.Dia takut untuk berbohong tetapi dia juga tidak sanggup untuk memberitahu kebenarannya. Akhirnya, Aqiera akur. Nabilah cuba mencari topik lain untuk berbual.
"Aqiera.Jom shopping!" Hari itu merupakan hari terakhir Aqiera di rumah sebelum kembali ke asram. Pagi-pagi lagi mereka keluar membeli-belah. Pelbagai barangan diambil oleh Nabilah untuk dibawa oleh Aqiera ke asrama. Aqiera berasa amat hairan. Selalunya, ibunya amat mementingkan antara keperluan dan kehendak. Tetapi kali ini, Nabilah agak boros. Petang itu, Nabilah terpaksa menghantar Aqiera awal ke sekolah kerana dia ditugaskan untuk berkhidmat di dalam pesawat MH17 yang akan berangkat ke Amsterdam. Dia memeluk erat Aqiera dan memberi pelbagai nasihat kepada Aqiera.
"Aqiera, jaga diri elok-elok.Dengar kata papa dan cikgu baik-baik. Jadi murid yang cemerlang. Sudah pasti mama akan pejam mata dengan tengan andai mama akan meninggalkan dunia ini. Ingat pesan mama , ya sayang." Terasa air hangat membasahi pipinya. Nabilah tidak tahu mengapa agak sukar untuk melepaskan anaknya pergi kali ini. Seolah-olah, akan melepaskan Aqiera untuk selama-lamanya. "Apa mama cakap ni? Qiera akan selalu dengar cakap papa dan cikgu. Mama janagn risau, eh?" Aqiera menyeka air mata ibunya. Dia juga berasa payah ingin berpisah kali ini. "Kirim salam kat papa, ya mama?" Aqiera menguncup tangan ibunya dan mengheret bagasi untuk naik ke asrama. Perasaan sayu menjalar ke dalam hatinya, tidak seperti selalu.
~~~~
"Nabilah, oh Nabilah." Terasa bahunya diunjuk-unjuk. Habis berkecai segala kenangan bermula daripada perceraian dia dan suami sehinggalah saat menghantar Aqiera ke asram. Baru dia tersedar, lama dia mengelamun mengingati semula kejadian yang terasa bagai sekelip mata  berlaku. Dia kini sedang berada di atas pesawat MH17 menuju ke Amsterdam. "Ya,ada apa, Maziah?" Maziah ialah salah seorang sahabat baiknya dia atas pesawat. Mereka selalu ditugaskan terbang bersama. "Jauhnya mengelamun. Awak ada 15 minit lagi sebelum habis waktu rehat awak." beritahu Maziah. "Oh okey. Saya rasa ingin melelapkan matalah sekejap. Nanti tolong kejutkan saya, ya" Tiba-tiba dia berasa tidak boleh menahan kantuknya. Mungkin kerana bagun awal pagi tadi. Dia memejamkan mata dan terus sahaja terlelap di tempat duduk pramugari.
~~~
Bangggg!  Sedas tembakan dilepaskan oleh sebuah peluru berpandu dari bumi. Terkena sahaja peluru tersebut, berkecailah pesawat yang dinaiki oleh 289 orang manusia termasuk kru-kru penerbangan. Suara teriakan kedengaran di segenap ruang udara. Serpihan-serpihan pesawat bersama mangsa-mangsa jatuh bagai hujan yang menimpa tanah Ukraine. Silap pesawat tersebut kerana telah terbang melepasi "Zon Perang" Ukraine. Kalau sudah dinamakan zon perang, pasti akan ada kejadian tembak menembak di sana sini, letup sana sini. Malangnya, pesawat yang dinaiki oleh Nabilah telah melewati zon perang tersebut dan terkena sedas tembakan. Nabilah menangis semahu-mahunya melihat kejadian ngeri tersebut dengan matanya sendiri. Peliknya, dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia dapat melihat Maziah dan kru-kru yang lain hampir berkecai badannya dek kerana terhempas dari jarak yang agak tinggi dari bumi.
~~~
"Ahhhhh!!" Tubuhnya menggigil ketakutan. Dia terus tersedar dari mimpi yang amat mengerikan itu. Maziah segera mendapatkan Nabilah. "Nabilah, awak okey?" soal Maziah runsing. Risau melihatkan sahabatnya yang pucat lesi itu. "Saya okey. jangan risau. Waktu rehat saya dah habiskan?Saya nak teruskan kerja." Dia mengerling jam tangan sekilas dan berdiri meninggalkan kabin kru tersebut. Dia tidak ingin menyusahkan sesiapa hanya kerana mainan tidurnya itu.Maziah cuba menghalang, tetapi tidak diendahkan oleh Nabilah. Sepanjang dia menjalankan tugasnya, apa sahaja yang dilakukannya , semuanya tidak kena. Sudah beberapa kali, dia menumpahkan air yang dipesan oleh para penumpang. Semuanya jadi serba tidak kena. Mimpi ngerinya terus membayangi harinya. Seolah-olah mimpi itu memberi petanda yang buruk kepadanya. Akhirnya Nabilah dapat menarik nafas lega apabila pesawat tersebut selamat mendarat di Amsterdam. 
Satu jam lagi, pesawat itu akan mula dipenuhi oleh penumpang semula untuk menuju Kuala Lumpur, Malaysia.Sementara itu, Nabilah menceritak mimpi ngerinya kepada Maziah. Sahabatnya itu ketawa dan menenangkannya. "Itu hanya mainan tidur, Nabilah. Biasalah tu. Awak terlalu letih agaknya. Berdoalah agar tidak menjadi kenyataan."Mendengarkan itu, Nabilah berdoa di dalam hati agar kejadian yang tidak diingini berlaku. Pesawat itu mula dimasuki oleh para penumpang. Nabilah, Maziah dan pramugari yang lain segera ke perut pesawat untuk menjalankan tugas masing-masing. Malam mula menjelma, Nabilah menilik jam tangannnya."Sudah jam 11.05 malam Malaysia", gumamnya sendiri. Entah mengapa, dia berasa tidak sedap hati lalu dia segera berdoa. Hatinya kembali tenang. Namun, hati tenangnya itu berubah menjadi panik apabila kedengaran suara teriakan para penumpang. Kejadian dalam mimpinya berputar kembali. Ya, kali ini bukan lagi mimpi ngeri . Ia sebuah realiti menyayat hati yang menimpa pesawat MH17. Kejadian ini berlaku benar-benar seperti apa yang dimimpikannya. Mereka jatuh bertaburan di tanah Ukraine.
Seluruh dunia gempar dengan kejadian terhempasnya pesawat MH!7 yang dinaiki oleh Nabilah. Berita ini telah sampai ke pengetahuan Syed. Dia segera ke lapangan terbang untuk memeriksa adakah bekas isterinya itu turut menaiki pesawat tersebut. Alangkah hancur relai hatinya setelah melihat senarai nama mangsa dan tertera nama Nabilah sebagai salah seorang mangsa nahas. Dia menangis semahu-mahunya. Tiada lagi yang dapat dikesalinya kerana Nabilah telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Tidak sempat baginya untuk melafazkan ungkapan maaf buat kali terakhir. Dia amat menyesali perbuatannya. Baru dia teringat, bukan hanya dia yang kehilangan insan yang tersayang, malah anaknya, Aqiera sudah ketiadaan ibu pada usia yang begitu muda. Pasti, ianya perkara yang amat sukar untuk dihadapi oleh Aqiera. Dia segera bergegas ke sekolah Aqiera.
~~~
"Aqira. Pengetua ingin berjumpa di biliknya" Seorang pelajar mendatangi Aqiera. Seribu persoalan bermain di minda Aqiera. Entah mengapa, hatinya tidak sedap selepas menerima arahan tersebut. Dia melangkah ke bilik pengetua denga perassan yang berbelah bahagi. Masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, pengetuanya, Puan Azizah memeluknya erat. "Aqiera,cikgu amat bersimpati dengan kamu." "Kenapa, cikgu?" soal 
Aqiera hairan. Selepas Puan Azizah melepaskan pelukan, pintu bilik bilik terbuka dan terjengul wajah yang amat dirindui Aqiera. "Papa!" Aqiera segera menerpa ke arah ayahnya. Syed membawanya pulang ke rumah dan menceritakan segala-galanya.
Seharia, Aqiera murung dan meratapi pemergian ibunya. patutlah, payah benar rasanya untuk berpisah pada hari tersebut. Rupa-rupanya, Nabilah akan meninggalkannya untuk selama-lamanya. Pada malam itu, Aqiera tidur dengan ditemani oleh air mata.
~~~
"Mamaa!!!" Dari jauh, Aqiera melihat kelibat ibunya. Dia segera menerpa ke arah tersebut dan memeluk Nabilah erat. "Mama, jangan tinggalkan Qiera dan papa. Qiera takut." tangisnya dalam pelukan Nabilah. "Jangan menangis, sayang.Papakan ada. Jadi anak yang baik, ya. Kalau Qiera macam ni, mesti mama tak tenang kat sini. Allah lebih sayangkan mama dan semua penumpang yang terhempas. Hidup mesti diteruskan walaupun tanpa mama." Nabilah mengusap kepala anaknya lembut. Selepas memberi pesanan terakhir, bayangan Nabilah mula menjauh dari pandangan Aqiera. Semakin lama, semakin kabur. Aqiera meraung sekuat-kuatnya, dia tidak sanggup melihat ibunya meninggalkannya untuk kali kedua. "Mamaaa!!"
~~~~
"Qiera, bangun sayang." Aqiera tersedar setelah dikejutkan oleh Syed. "Qiera mimpi jumpa dengan mama. Dia cakap jangan menangis lagi." Ayahnya tersenyum hambar lalu memeluk anaknya erat., "Baguslah kamu dapat jumpa mama buat kali terakhir. Dengar pesan mama. Jangan menangis lagi" Aqiera mengangguk . Ya, dia harus meneruskan kehidupannya 'Barulah mama akan tenang di sana.' Syed bertekad ingin menjaga Aqiera sepenuh hati . Dia tidak ingin menambah episod duka kepada anaknya itu.
~TAMAT~
Terlampau emosi pulak mengarang . hahaa .sorry :) Hayatilah kisah ni dengan baik.

Thursday 14 August 2014

L.A.L.A.I



Hai stalkers .
Setiap manusia tak lari dari kelalaian kan ?
Yaa , saya lalai . Selalu lalai . Memang saya rasa saya semakin jauh dari pencipta kita, Allah SWT . Allahuakbar :'(
Semakin hari, semakin menjauh. Kejam nya saya.
 Hubungan sesame manusia saya nak perkukuhkan. Sebab itu, saya jarang mahu bergaduh . Dulu, zaman jahiliah saya lagi teruk. Asyik nak cari keslahan orang . Tu duluu, sekarang saya dah sedar, Semua orang pasti ada kelemahan masing2. Saya akan cuba perbaiki tabiat saya. Dan inshaAllah, selepas ni dah takde tabiat tu daalm dri saya.
Bagaimana hubungan dengan Allah ?
Haaa.. Macammane? Kadang2 , saya cemburu,envy,jealous dan seangakatan dengannya  yang kalau saya pergi masjid untuk solat, saya tengok orang yang selalu mengaji dan beribadah. Ya Allah! bilalah saya boleh sedar dan jadi seperti mereka ? Mesti korang akan cakap "Alaaa.. buat jelah . yang tu pun menganggapnya payah." "Benda simple je kot" Benda simple tu laa kadang2 menjadi benda paling sukar untuk dilakukan. Memang saya ni jahil . Tiap kali ada kak2 dari USM datang untuk buat halaqah,Rasa MALAS saya tu akan mengatasi keinginan untuk pergi ke usrah. Padahal, adik2 dorm lebih rajin untuk ke halaqah. Malu. Cemburunya saya melihat kawan2 yang alim dan selalu beribadah. Terasa bagai diri ini hina sehina hinanya :'(
Semoga Allah memberi hidayah kepadaku dengan cepat.
Ya. Mudah-mudahan. Sedarkan aku yang lalai dari jalan Allah ni. Selalu jadi cepat marah dan memaki. Itulah akibat lalainya kepada Allah.
Semoga korang mendoakan perubahan saya ke arah kebaikan. Saya ingin mencuba untuk berubah demi masa depan. Menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia :)
Yang penuh dengan dosa,
Hamba Allah.


Saturday 9 August 2014

M A R A H

Kemarahan adalah suatu emosi  yang secara fizikal mengakibatkan antara lain peningkatan denyut jantung,tekanan darah . Rasa marah menjadi suatu perasaan yang dominan secara perilaku, kognitif,maupun fisiologi sewaktu seseorang membuat pilihan sadar untuk mengambil tindakan untuk menghentikan secara langsung ancaman dari pihak luar.
Ekspresi luar dari kemarahan dapat dikenalpasti dalam bentuk raut muka, bahasa tubuh ,respons psikologis, dan kadang-kadang tindakan agresi publikManusia dan haiwan lain sebagai contoh dapat mengeluarkan suara keras,  untuk tampak lebih besar secara fizik, memamerkan gigi mereka, atau melotot. Marah adalah suatu pola perilaku yang dirancang untuk memperingatkan pengganggu untuk menghentikan perilaku mengancam mereka. Kontak fizik jarang terjadi tanpa ekspresi kemarahan paling tidak oleh salah seorang partisipan Meskipun sebagian besar pelaku menjelaskan bahwa rasa marah timbul karena "apa yang telah terjadi pada mereka," ahli psikologi menunjukkan bahwa orang yang marah sangat mungkin melakukan kesalahan karena kemarahan menyebabkan kehilangan kemampuan pengendalian diri dan penilaian objektif .
Errr . kalau malas baca pun tak kisah . Cuma nak cakap kalau marah cepat tua tau . Jangan lah nak marah sangat . Saya kuat marah jugak sebenarnya . Tapi nak cuba ubah sebab marah membuatkan  ramai orang sakit hati dan terguris . BAhaya tau. Boleh menjejaskan persahabatan , youuuu .
Ni doa untuk menghilangkan kemarahan anda .  I think I should try too.
 Ingat kawan, kurangkan marah, maniskan senyuman, eratkan ukhuwah.

Sincerely,
 



Friday 8 August 2014

Excited baaaa

Waaaa... Megahnya burung helang ni mengibarkan sayapnya . Teruja nya , teruja nyaa . 
Hari Rabu depan iolls nak pergi Langkawi ikut trip sekolah for the second time this year . Sesungguhnya, memang saya suka trip sekolah. Ke mana ke kita? Ke Langkawi. Wow . Memang dah lama dah iolls tak pergi sana . zaman kecik2 dulu . memang excited lahhhh . *walaupun saya ni menyibuk kelab orang je. Mesti ada yang tak puas hati kan ? So what? I dont  care. heheee . Apa ada kisah, Yang pentingg kita ENJOY !

Riang Raya Si Budak 4Beta

Pelbagai karenah , ragam , style , gaya . Macam macam .*sigh* . Kalau boy , berstyle dengan spek hitam & Ray Ban bagai . handsome bahhh . haha . yang girl pulak ada pakai half moon shawl laa, pashmina lah, tudung bawal dan bagainya . Memang comel2 semuanya . Tulah style classmate ku yang ku cintaaa . *cehh . Sebelum habis cuti raya, saya dengan kejamnya memaksa semua pelusuk pelajar kelas 4 Beta supaya bawak lah benda2 , makanan ke apa ke nanti majlis raya kat sekolah yang dilansungkan pada hari first bukak sekolah , Memang kejam lah kan cara tu . Tapi aku jugak yang sakit heartii dengan perangai diorang . Tapi , lastly, diorang akur . Dann , yang pastinya , disebabkan semuanya bekerjasama bawak segala benda di rumah , memang menjadi ah majlis kelas kami. Gempak habis . Tulaaa, I cakap , lain kali dengarlah nasihat Wonder Pet . Apa yang penting? KERJASAMA. 
Sorry la pada classmate2 saya yang ada rasa tak puas hati dengan paksaan saya tu yaa . Bukan apa, untuk kebaikan kita bersama jugak , an? . 

 Lensa Raya di 4beta ....













Lets the pictures describe...

Sincerely heart,
Adda.

Berlalulah Sudahh..

Hai stalkers 
Setelah sebulan berpuasa , terasa cepat benar masa berlaluu , kan? Celik , pejam , celik, pejam .. Cak aaa...dah RAYA.
.Amacam raya korangg ? Menarik tak? Kalau uolls ni kanak2 ribena lagi pasti menarik kan? Tapi bagi iolls yang dah tua ni , memang rasa cam hampeh jee raya tahun ni . 
Yang menarik cuma ambik gambar time di pagi raya tu je . Selebihnya , anggaplah macam hari2 biasa je . Lagipun , saya tak naklah over sangat dalam menyambut raya ni . Hanya menganggapnya sebagai hari menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa. Harapnya bulan Ramadhan bagi saya dan anda semua diberkati oleh Allah SWT . Amin.

Sedikit LENSA di pagi raya bersama famili terchentaa ..








Sincerely,
Adda.