}

Saturday 20 February 2016

Berdebar wei

Ada pulak si Shamsul ni tanya aku berdebar ke tak nak tahu result. Aku memang macam ni hahah kat luaran memang tak nampak aku rasa apa2. Tapi dalam hati Allah je yang tahu macam mane perasaannya. Takut, seram, seriau, nak teriak, bercmpur baur jadi rojak perasaan. Selama ni aku dah berusaha bertungkus lumus sepanjang 2 tahun mengadap subjek killer and the final result will coming soon. Oh my , can I scream out loud now?? aaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Ya Allah, andai telah tertulis di Luh Mahfuz akan kegagalanku, maka Kau ubahlah menjadi berjaya. Tapi, jika Kau tidak izinkan, maka kau permudahkannlah segala urusan ku selepas ni dan tenang kan dan damaikanlah hati ku yang laghaa ini. 
Amin.

Usaha, Doa, Tawakkal.

Usaha. Kita dah usaha selama dua tahun kawan kawan. Dua tahun usaha nak menghadapi peperiksaan besar SPM. Jadi, In Sha Allah Allah nampak semua usaha kita tu. Amin.

Doa. Setiap kali lepas solat mesti kita doakan kejayaan kita nanti. Samada bersungguh atau tidak itu bergantung pada diri kita and samada dimakbulkan itu bergantung pada yang atas sana, Allah. Sebab dia akan cakap "Kun Fayakun".

Tawakkal. Selebihnya maka kita serahkan keputusan ini pada Allah je. Apa yang dapat semuanya takdir kita. Mana kita boleh melawan takdir Allah yang Maha Besar kan? Just accept it and think about Qada' and Qadar :)

Yang sangat berdebar,

Bersiar-siar secara haram


Hahah kalau tengok tajuk tu, takde kaitan dengan hukum apa apa pon. Just kami labelkan sebagai haram tu sebab aku tak boleh lagi pon lesen P tapi dah habis tempat dah aku pergi. Pok Jay kata kena lah berani kalau nak bawak kereta ni, tak boleh takut2 hahah. Haaa jadi aku dengar lah kata nasihat nya. Aku kann budak baik dengar kata hahah
Sebenarnya hari ni mimpi ngeri bagi aku. Dah elok2 dapat parking kat depan Mydin. Biasalah Mydin Kubang Kerian kalau tak sesak ngan orang memang tak sah. So lepas dah habis shopping, aku pon masuk gear reverse nak undurkanJadikan cerita, aku terawal pusing stereng and 'dang!!' terlanggar kereta tepi. Terus, mamat kereta tu keluar. Oh My God! Pucat sangat aku time tu. Tuhan je tahu macam mane perasaannya.
Mamat tu keluar tengok kereta dia.

"Bang, kena ke?" Slumber aku tanya *dalam hati nak gila takut

"Kena..lahh. Duduk dalam kereta, bergegarr!!" sambil belek2 keta mahal dia.

Gulp. Air liur tersekat di kerongkong. "Sorrry, bang!" 

Belek punya belek, takda sikit pon kesan calar n kemek. Dah lega dah kat situ.Alhamdulillah Allah masih sayang kan kami hehehhe. Mamat tu pon lepas laah sambil angkat tangan suruh pergi. Kereta belakang pon sibuk duk asyik honn. Bikin gua stress. Tulahh pengalaman pahit akuu mimpi ngeri kot hahaha harap2 jangan pernah berlaku lagi. Amin. Abam pon jangan lah garang sangat hadoiii *macam mane tak garang kereta mahal tu kot aku pegi seret. Nasib baik tak apa2, kalau tak, gadai fon aku pon tak cukup nak bayar ganti rugi. huhuu.

Test JPJ 29/2 ni. Tak sabar nak tampal stiker P hehehhehe
wish me luck!



Tuesday 16 February 2016

Tone Excel

Hai!
Kan sebelum ni aku ada post pasal ekonomi merudum dan aku tak mahu bebankan umi abah aku dengan menanggung aku sepanjang masuk IPT nanti. and now aku dah jumpa jalan penyelasaiannya. Yeah baca tajuk pon mesti dah tahu kan. First time kawan aku promote katku, dalam hati aku 'taknak' sebab masa tu aku tak berapa paham lagi sebab mula2 lagi aku dengar harga sekeping simkad rm90. gilaaaa! mahal doo. selalunya beli simkad biasa, paling tak pon rm8 je kan kan? So, aku tak tahu lah benda keping tu rupanya boleh buat bisnes *kos pilihan aku(businness management). 
Nak dijadikan cerita ada satu hari aku bukak group Bekas Pelajar Faris Petra (Maklumlah dah jadi alumni hekhekk) . So, aku scroll2 timeline ternampak post yang dipost oleh seorang senior aku time form1(aku tak kenal pon sape dia). Banyak dia post pasal Tone Excel. Masa tu lah baru betul2 aku paha modus operandi menatang ni heheh . Aku apa lagi, dah peluang bisnes terbuka luas jadi aku pon nak lah cuba nasib. Aku pon pm lah abam senior aku tu yang sekrang ni dah jadi upline Tone Excel aku iaitu Abang Nafis. Banyak jugak dia tolong aku dalam nak start bisnes ni. Aku baru je join benda ni and aku yakin KALAU AKU RAJIN, AKU PASTI BOLEH! Tujuan aku nak join benda ni sebenarnya aku nak jana pendapatan untuk tak bebankan umi abah. Tu je. 
Kalau anda berminat, boleh lah daftar dengan saya. Senang je prosesnya. Saya boleh ajarkan step by step precisely hehe .Meh lah kita whatsapp santai2 je. Siapa para remaja yang lebih selesa berkomunikasi dengan sesama remaja, jom ah. Saya layan je 
Whatsapp saya Syuhada di num 014-5247611 
Meh nak share detail tentang Tone Excel yang saya copy je dari satu blog bisnes Tone Excel.
Simkad toneexcel berfungsi sama dengan simkad2 yang lain. Ia boleh buat call in/out, boleh sms, boleh whatsapp, wechat, telegram, facebook, youtube, boleh melayari internet. Boleh transfer kredit, boleh check baki, boleh skype, boleh guna 4G, ada saiz nano, saiz micro.

Simkad ToneExcel menggunakan perkhidmatan dari TuneTalk dan mempunyai coverage menggunakan line celcom.

Topupnya mudah, semua kedai yang jual topup ada menjual topup toneexcel, (Ia menggunakan topup TuneTalk), malah dalam maybank2u, cimbclick pun ada jual topup tunetalk.

Seperti yang diketahui umum, TuneTalk dimiliki oleh TuneGroup yang juga memiliki AirAsia, Tune Hotel, Tune Money, Tune Insurance, Tune Sport, dan Tune Talk.

Harga sekeping simkad ini adalah RM98.60, dimana didalamnya sudah ada tersedia kredit atau air time sebanyak RM30 dan juga 1G data internet. Panggilan seminit adalah 28 sen, sms 10 sen dan jika ingin melanggan data pakej adalah RM38 untuk 1G.

Disini saya ingin kongsikan kepada anda beberapa kelebihan yang dimiliki oleh simkad ToneExcel yang dikira unik dan tidak terdapat pada simkad2 yang lain.

Kelebihan:

1. Kelebihan Pertama:
Pertama Rate ToneExcel untuk panggilan 28 sen/min adalah antara yang termurah di negara kita. Kerana ia hanya flat rate, tiada kos-kos tersembunyi. Tidak kira apa jua keadaan, call sesama sendiri rate yang sama, call ke tempat lain rate yang sama, call waktu malam rate yang sama, call waktu siang rate yang sama, topup RM5 tetap rate yang sama, topup RM30 tetap rate yang sama. Over due credit (balance kredit yang dah tamat tempoh, hanya boleh digunakan jika kita topup semula), juga menggunakan rate yang sama. Panggilan minit pertama, rate yang sama dengan panggilan minit kedua dan seterusnya. Semuanya flat rate, apa jua keadaan, seba itu ia merupakan antara rate yang paling rendah di Malaysia ini. 

Sekadar renungan:
Apa pendapat anda, jika anda nak beli barang dengan satu kedai, dan apabila anda bertanya, berapa harga barang ini encik?
Dijawab, "Ikut keadaan lah, kalau kamu datang muka senyum lain harga, muka masam lain harga. Kalau kamu datang malam lain harga, kalau siang lain harga. Kalau kamu datang pukul 10 tepat lain harga, kalau kamu datang pukul 10 1 minit lain harga, 10. 2 minit lain harga. Kalau hari jadi kamu lain harga, kalau hari jadi saya lain harga. Kalau kamu datang naik motor lain harga, kalau kamu datang naik BMW lain harga. Kalau saya bergaduh dengan isteri lain harga, kalau isteri saya tak merajuk lain harga"
"Jadi berapa harganya ?????????"

ToneExcel charge panggilan satu harga sahaja 28 sen/min, walau apa keadaan sekali pun.

SMS saya tidak perlu ulas panjang, kerana SMS semakin hari semakin kurang penggunaannya, sebab ramai dah orang pakai whatsapp/wechat/facebook/telegram dan macam2 lagi.



2. Kelebihan Kedua:
Anda topup RM5 anda dapat kredit RM5 sahaja.
Anda topup RM10 anda dapat kredit RM10 sahaja.
Anda topup RM30 anda dapat kredit RM30 dan PERCUMA 1G data internet. Kredit RM30 tetap ada.
Anda topup RM50 anda dapat kredit RM50 dan ditambah kredit RM20, menjadi kredit anda RM70.

Jadi anda boleh berjimat, tak perlu nak langgan data internet lagi, sebab dengan topup RM30, anda mendapat kredit RM30 dan PERCUMA 1G data. Kan jimat, tak perlu langgan data. Kalau kredit dah banyak sangat, maka tak perlulah nak topu RM30 lagi, bolehlah beli dan langgan data 1G pada harga RM38.



3. Kelebihan Ketiga:
Jika anda topup setiap bulan (jumlah keseluruhan dalam sebulan) melebihi RM50, maka bulan hadapannya anda diberikan perlindungan kemalangan percuma bernilai RM100,000. Kemalangan yang menyebabkan kematian dan cacat kekal. Diingatkan yang ini adalah PERCUMA, nak ambil boleh, tak mau ambil pun boleh.
4. Kelebihan Keempat:
Setiap kali anda topup, anda akan diberikan point. Point2 ini boleh dikumpulkan dan ditukarkan kepada tiket kapal terbang air asia, handphone, tiket wayang dan macam2 lagi.

5. Kelebihan Kelima:
Sebagai pengguna simkad ToneExcel, anda layak menyertai pertandingan cabutan bertuah yang diadakan setiap bulan dan setiap tahun. Hadiah ada yang berbentuk wang ringgit, ada berbentuk pakej pelancongan, ada hadiahnya kereta BMW CASH dan macam2 lagi.

6. Kelebihan keenam:
Jika anda mempromosikan simkad ini kepada ahli keluarga atau rakan2, jika anda dapat menjual pada seseorang sahaja, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM20 atas setiap orang. Komisyen ini dipanggil Komisyen Fast Track. Komisyen ini akan dimasukkan 2 kali sebulan terus kedalam bank akaun anda.

Komisyen kedua apabila mereka topup. Setiap kali mereka topup anda akan mendapat komisyen sebanyak 6%. Malah anda juga akan mendapat komisyen diatas pelanggan-pelanggan mereka sebanyak 3% dan 11%. Komisyen ini akan dimasukkan terus kedalam bank akaun anda setiap 21hb. Anda boleh menjadikan ia sebagai satu perniagaan sampingan, untuk tambah2 duit gaji anda yang sedia ada.

Kelebihan menjalankan bisnes sampingan ini:
a. Ia tidak mengganggu kerja anda yang sedia ada.
b. Anda tidak perlu jual topup kerana mereka boleh topup dimana sahaja kedai2 yang jual topup.
c. Modal untuk memulakan bisnes ini amat kecil berbanding bisnes2 yang lain.
d. Anda boleh mendapatkan pelanggan dengan mudah, kerana pelanggan pertama anda adalah ahli keluarga sendiri, mereka adalah pengguna handphone, selama ini mereka topup orang lain yang untung, tetapi dengan simkad toneexcel ini, bila mereka topup, anda yang akan dapat duit.
e. Jual sekali, untung berkali-kali, sebab biasanya orang pakai handphone pada jangka masa yang lama, maka selama itulah mereka topup.
f. Komisyen yang anda perolehi setiap bulan nanti, ianya boleh diwarisi. Apa2 berlaku kepada anda, komisyen bulanan yang anda terima itu boleh dipindah milik kepada waris kita pula.

Untuk anda memahami secara keseluruhan tentang bagaimana nak menjalankan bisne simkad ToneExcel ini, anda boleh luangkan masa untuk melihat video ini:
https://www.youtube.com/watch?v=JKbZHEwlTIE

Testimoni rakan2 yang menjalankan bisnes ini:
Ianya betul2 kepada kerajinan anda mempromosikan simkad ini, tak kiralah samada secara offline atau pun secara online. Kalau anda rajin, banyaklah dapat, kalau anda malas, sikitlah dapat. Ada yang join bisnes ini sudah empat lima tahun tapi komisyen bulanan mereka tak sampai pun seratus ringgit, tapi ada juga yang baru setahun dua menjalankan bisnes ini, tetapi komisyen bulanan mereka mencecah puluhan ribu sebulan. Duit sampingan dari toneexcel ini, berlipat kali ganda lebih besar berbanding gaji hakiki mereka. Malah ada yang sudah berhenti kerja, kerana komisyen bulanan mereka melebihi RM30,000 tiap-tiap bulan.
pm me 0145247611

Ekonomi Merudum :(

Hai. Korang semua sihat? Ada tak yang terjebak dengan masalah ekonomi? Biasalahhh sekarang ni, 2016 tahun yang paling menakukan kan? Kena pulakk tahun ni aku akan melanjutkan pelajaran ke IPT fuhhh mencabar kot. Best nya orang yang dah lepas fasa ni kan, boleh terbang sana sini cari ilmu. Akhirnya, impian aku nak study oversea memang berkecai. But, who knows future, right? Walaupun angan-anganku melanjutkan pelajaran ke Australia terkubur, tetapi jauh di sudut hatiku aku masih mengharapkan miracle :) Amin. Ekonomi negara pon merosot apatah lagi ekonomi keluarga aku yang cuma ada berapa sen je ni. Kesian nya aku kat parents aku. Memang. Memang impian aku, aku nak study di IPTS, tapi apabila memikirkan parents ku yang kena bayar macam2 untuk tanggung aku dan adik beradik, hhmmm aku simpan saja niat tu. Memang. Memang macam2 benda aku rasa aku nak beli, nak iphone, nak laptop baru, nak ipad, nak kereta, nak buat braces. Tapi semua tu aku simpan dalam hati je lahh memandangkan tahun ni nak masuk U and umi abah mesti kena bayar macam2 untuk aku. Tambah pula biasiswa susah nak dapat sekarang ni. Memanglahhhh, without money is nothing :(