}

Friday 25 September 2015

TODAY WILL END, TOMMOROW WILL COME

 
 
 ESOK!!!!!!!!!!
 
OH MY GOSHH!
 
BALIK ASRAMA!
 
Sesungguhnya aku tak kuat nak hadapi hari esok. Nak hadapi 'dia'. Macam mana ni? Dah beberapa kali aku cuba ingatkan diri aku 
 
"Stop messing your mind with that kind of stuff"
 
Tapi sebenarnya jauh dalam dasar hati aku, aku masih takut. Aku memang tak suka bergaduh. Ni lah padahnya. Jangan sampai pelajaran pon terganggu. 
 
KUATKANLAH HATI AKU!
 
Semakin nak keluar sekolah semakin aku homesick.
Tulah hipotesis yang aku boleh buat. Menghasilkan graf galis lurus maybe.
 
Maybe.  
 
Asmara girl,
 
 
 

Monday 21 September 2015

KEJAYAAN YANG PALING BERMAKNA

ALHAMDULILLAH!
Allah bagi kejayaan kepada aku kali ni dalam trial SPM. Sebab tu yang aku bersyukur sangat dapat straight A kali ni setelah beberapa kali 'hampir' straight. Aku harap kejayaan ini berkekalan untuk SPM pulak nanti. Aku hanya takut, takut sangat kejayaan ni hanya dugaan yang Allah beri untuk menguji tahap keriakan aku. Nauzubillahiminzalik. Sesungguhnya aku tak selesa lagi dengan kedudukan A kurus lagi. Jadi, usaha tangga kejayaan.
40 DAYS TO GO TO FIGHT

"Abaikan benda yang tak penting. Jangan terlalu fikirkan benda yang tak perlu langsung untuk fikir "
-ABAH-
"Tolong henti ambil tahu hal orang lain, daripada jaga tepi kain orang, baik jaga tepi buku kau"
-UMMI-
Pray for me, guys!

SECEBIS NASIHAT?

NASIHAT? Orang Ugama je ke boleh nak nasihat orang ? kena tunggu diri kita perfect dulu baru boleh nasihat orang ? Camtu ke? Nasihat untuk kawan paling PAYAH nak beri. Sebab ape? Sebab diorang paling rapat dengan kita. Paling kita percayai. Sebab kita tak sanggup nak lukai hati mereka. Jadi, waktu nilah kita akan guna selemah-lemah iman untuk cegah kemungkaran.
Ya saya sedar saya ni bukan antara orang yang beragama kuat(alim lah maksudnye) Perangai saya gila gila. Sembahyang pun tak tepat waktu, tapi tak layakkkah saya nak bagi hanya secebis nasihat tanpa menyakitkan hati individu tersebut?
TAPI, BENDA YANG PALING SAYA TAKUT IALAH INDIVIDU TU AKAN MELENTING KALAU TERIMA NASIHAT DARI ORANG YANG TAK BERAPA NAK ALIM.
Nanti dia ingat saya nak sibuk hal dia, being a busy body girl. CUBA NAK MASUK HAL DIA. hjhdjdkdjdhdksjjsij dan aku confuse  Aku dah puas menangis sebab frust sangat. Aku cuba nak jadi baik nak cegah kemungkaran tu, tapi apa yang aku dapat? 

Okay, fine cukup cukupp. Mulai saat ni, memang aku tidak mahu ambil peduli hal orang lain. Tak kesah dia buat dosa depan mata aku ke, buat apa ke, sejak kejadian ni,aku dah tawar hati nak jaga tepi kain orang. Ni memang pengajaran dalam hidup aku. Untuk aku survive di university kelak. Stop being a penyibuk. 
Yang tengah frust,

DUGAAN HIDUP


DUGAAN. Siapa je yang tak pernah hadapi dugaan ? Benda tu benda typical dalam hidup, apa orang kata? Lumrah hidup kan. Semakin kita nak hampiri kejayaan tulah, datanglah macam dugaan, cabaran yang kita tak pernah sangka. 

Ya Allah, aku memang berdosa. Dosa besar yang aku selalu buat ialah mengumpat. Memang setiap perempuan takkan lari dari dosa ni. Semakin buat, semakin seronok kan? Ngaku jelah!
Dan sebab dosa nilah, puncanya dugaan yang melanda aku ni.
Tapi percaya Allah bagi dugaan kepada hamba kesayanganNya. 



Nasihat umi lepas kejadian ni,

"Stop menyibuk hal orang, tu hal dia, hal buruk dia, jangan cite kat orang lain."
 
Thank you umi,abah and tok umi kerana menyebelahi aku dan kenal siapa aku dalam masalah ni. Abah cakap sabar dan pedulikan semua masalah tu.ni semua gangguan sebelum SPM. Sesungguhnya orang yang sabar sentiasa dikasihi oleh Allah. AMIN. Allah sentiasa berada bersama orang yang benar. Sukati lah orang nak tuduh apa, yang penting sabar!

YA ALLAH! TABAHKANLAH HATI HAMBA MU INI YA ALLAH.




"BERTAHAN, SYUHADA! 2 BULAN LAGI NANTI KAU CHOW LAH DARI SEKOLAH TU"